Blog Ustaz Rosdi

25 Nov

Muhasabah Diri Sebelum Ajal

Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.

           

Kirmizi Merah
Mungkinkah usia kita di ambang senja?

Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat,  apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?

             Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

   “Mayat kekubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya” Riwayat  Syaikhan

               Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa  menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan  siksa disaat kematiannya.Jika ia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan  maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

  

9 Responses to “Muhasabah Diri Sebelum Ajal”

  1. 1
    masterpyan Says:

    ustz rosdi, jemput dtg ke www .iplanner .org, laman weblog perancangan kewangan secara Islam

  2. 2
    Rosdi Says:

    terima kasih masterpyan

  3. 3
    khairunnisa Says:

    uztaz sy nak tnya satu rencana?
    Mengatakan bahawa sekarang israil sedang mencapai kemuncaknya betulkan?
    dan Mereka sedang menanam pokok yang ajaib?Apakah pokok tersebut

  4. 4
    ABU SAIF Says:

    Assalamualaikum ustaz kabir… apa khabar? Tahniah… ada blog rupanya :) keep it up… Allah ma’akum

  5. 5
    nurul Says:

    assalamualaikom………….

    bagus…
    saya suka tgk blog ni…

  6. 6
    muslim swimwear Says:

    coba nostalgia ke sini

  7. 7
    iman aina Says:

    betul3

  8. 8
    abdulRahman Says:

    all the Thing from the ALLAH…
    rememeber ALLAH…

  9. 9
    zuwaz_92 Says:

    salam ustaz…. sy ingin mennyakn cara myucikan jiwa agar jiwa menjdi tenang dan mudah menerima ilmu pgetahuan?

    btw, blog ni boleh menambhkan ilmu agama saye…… alhamdulillah….

Leave a Reply

Blog Ustaz Rosdi is is proudly powered by Wordpress and the Magellan Theme