Blog Ustaz Rosdi

26 Apr

Penghayatan Islam Asas Rumahtangga Bahagia dan Anak-anak yang Berjaya

Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dan sering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab  ibubapa  kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.

Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah.  Skima penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.

Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang.
Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina  keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut. Persediaan keagamaan ini penting sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan juga keluarga kamu dari api nereka”.                                     ( Al-Tahrim:6)

Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.

Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

Akan datang…

Bagaimana meningkatkan potensi nilai akhlak anak-anak terhadap ibubapa?.

21 Responses to “Penghayatan Islam Asas Rumahtangga Bahagia dan Anak-anak yang Berjaya”

  1. 1
    e-jard Says:

    Bulan lepas saya ada buat rujukan kat satu ustaz nih. Tapi tak ada respon apa-apa pon.

    Soalan saya kepadanya.. Adakah Allah itu Adil? Maha Kaya? Penyanyang? Pemurah? Itulah soalan-soalan saya.

    Pada masa itu saya di landa satu musibah yang membuatkan iman saya jadi goyah lalu muncul soalan-solan itu di dalam fikiran saya. Saya pon tak tahu kat mana saya nak bertanya pasal ustaz yang saya hubungi itu pon tanak memberikan jawapan kepada saya.

    Saya harap ustaz sudi menolong saya agar saya tidak lagi terpengaroh dengan soalan-soalan seperti itu.

    Sekian terima kasih.

  2. 2
    yulida Says:

    assalamualaikum..

    boleh dapat cara dan bagaimana untuk menyemak tarik lahir kita dalam bulan islam..ini kerana di sal s/beranak n ic hanya terdapat tarikh lahir bg kalender biasa…

  3. 3
    taufik Says:

    Fungsi akhlak dalam membentuk keluarga bahagia.Bincangkan….
    Tlg saye ustaz

  4. 4
    ayana Says:

    bagus lah kalo ada blog camni.aku tgk bebudak skunk n byk sgt yg rosak.siap mengandung anak luar nikah dan buang anak lagi.aku bukannya bercakap setakat ikut sedap mulut je tapi kat hometown aku sendiripun benda yg merosakkan camni dah jadi cam perkara biasa lak.dah takde orang kisah,berpeluk bercium kat khalayak ramai langsung tak rasa bersalah.entahla apa yg dorang n fikirkan.moga tuhan mengampuni dosa mereka.amin.

  5. 5
    mr.tc Says:

    salam..

    pakar saudara saudari.. memang bagus bila membaca topik mcm ni..kita dapat bertukar fikiran..sapa yang berminat,bole juga melwt ke blog sy.terima kasih

  6. 6
    kesehatan anak Says:

    setuju

  7. 7
    atiey Says:

    salam…

    sayer suka baca tulisan ilmu dan boleh menambahkan pengetahuan saye.dan juga saya akan berasa semangat utk beribadah sekiranya membaca ilmu2 yg disampaikan..saye juga menjadi tenang bila membaca sesuatu yg berkaitan keagungan Allah swt.saya harap lebih banyak lagi ilmu2 yg boleh ustaz luahkan.tambah lagi kalau ustaz beri doa2 yang bagus utk menjadi amalan harian…seperti doa ketenangan hati,murah rezki dan utk sentiasa igt pada NYa..

  8. 8
    atiey Says:

    saya adalah suri rumahtangga…saya binggung mcmana nk didik anak saya yg berusia 3 dan 2 thn.skrg anak saya yg 3 thn suka kacau adik nyer dan kurang dengar kalau saya marah..adakah marah dan pukul seperti cubit tu boleh mengakibatkan anak menjadi semakin tak baik akhlaknyer?saya kdg2 takut juga nak pukul dan cubit dia selalu tp bila tak terkawal diri rasa geram tu datang…saya cuba nasihat dan cakap lembut tp dia senyum dan sering ulangi sikap yg suka mengusik adiknyer…apa yg patut saya lakukan yer?kalau boleh saya nak anak2 saya baik dan sempurna…adakah akhlak dia skrg boleh dikatakan sama dgn akhlak dia masa besar nanti??insyaAllah saya doakan anak2 saya moga jd anak soleh dan solehah…amin

  9. 9
    farhana Says:

    salam… saya nak tahu ttg ekstrimis agama menurut pandangan islam.. boleh bagi input tak…????

  10. 10
    saiful Says:

    1. WASIAT PALSU SYEKH AHMAD
    Oleh Dr. Yusuf Qardhawi

    Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan
    sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru
    ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.
    Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang
    terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam
    Rasulullah saw.

    Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam
    surat tersebut, saya pernah menanyakan kepada
    orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi
    mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta
    aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak
    ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar
    berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat
    yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat
    Islam.

    Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
    nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
    wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya
    bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
    hari kiamat.

    Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
    mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al
    Qur’an telah mengatakan dengan jelas:

    “… boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
    waktunya.” (Al Ahzab: 63)

    Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

    “Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
    seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
    memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
    tengahnya.” (Muttafaq ‘alaih dari hadits Anas dan
    Sahl bin Sa’ad)

    Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita
    sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang
    telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
    tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita
    sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
    memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

    “… Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
    agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
    dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu …” (Al
    Maa’idah: 3)

    Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah
    disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang
    diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia
    meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam
    telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat
    apa pun.

    Isi wasiat tersebut jelas
    memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
    Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang
    yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat
    musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
    habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia
    pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan
    Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang
    membaca Al Qur’an harus menulisnya setelah itu kemudian
    menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan
    terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang
    yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan
    menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,
    akan tertimpa musibah.

    Kalau Al Qur’an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka
    bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
    merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal
    orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

    Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di
    negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat
    tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua
    itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam
    dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta
    peraturan Allah terhadap alam semesta.

    Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan
    aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat
    seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk
    menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.

    Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak
    membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar
    tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan
    wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw.
    sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil
    itu.

    Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi
    umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah
    disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu
    bersumberkan pada wasiat melalui mimpi; pent.) bahwa
    Rasulullah bersabda:

    “Orang yang paling berbahagia akan memperoleh
    syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
    mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan
    ikhlas dan lubuk hatinya.” (HR Bukhari)

    Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan
    menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga
    memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang
    lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai
    berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

    2. Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

    KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

    Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

    Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

    Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
    anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
    adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
    anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
    Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

    Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. ( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

    Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

    Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,” surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

    Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim.”

    Wassalam

  11. 11
    Fadhilah Says:

    salam, saya nak bertanya untuk sahabat saya. Sahabat saya tahun lalu didapati mempunnyai breast cancer dan alhamdullilah sudah pulih selepas pembedahandan dan chemotaraphy. kerana pembedahan yang dia lalu dan ubat-ubatan yang dia ambil doctor kata dia tak akan uzur lagi tetapi 5 bulan yang lalu pertama kali di datang haid untuk 2 minggu dan sekarang dalam bulan puasa ni tiba-tiba pada minggu kedua dia rasa perut nye sakit dan selepas itu dia pun uzur dalam 3 hari. tiap-tiap hari selepas itu dia mandi hadas pada pagi, sepanjang hari tak datang uzur tetapi sebelum mandi sebelum buka apabila dia hendak mandi dia perasan ada tanda. Apakah pandangan islam mengenai puasa nye, bolehkah dia teruskan kerana setiap hari begini

  12. 12
    alim Says:

    surat wasiat merupakan satu pembohongan yang besar. kita sebagai umat islam tak patut sebarkan satu yang bohong. yang patut kita sebarkan ialah ayat Al-Quran dan hadis. sekian

  13. 13
    Brother z Says:

    ingin mengetahui islam? sila layari http://islam-brother.blogspot.com

  14. 14
    shaidatul akmar awang Says:

    PENCALONAN ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20

    ASSALAMUALAIKUM WBT…

    Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) iaitu ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-20 bagi kategori LAMAN WEB BERUNSURKAN KEISLAMAN,
    1. LAMAN WEB/BLOG BERUNSUR ISLAM INDIVIDU TERBAIK
    2. LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM ORGANISASI TERBAIK
    Anda boleh mendapatkan borang tersebut di: http://www.islam.gov.my/portal/ . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustazah Nik Suhaila Nik Mohammad (Bahagian Penerbitan) di talian 03-88864452 atau melalui e-mail: niksuhaila@islam.gov.my .Penyertaan daripada anda diharapkan dapat memeriahkan lagi media Islam negara. Sekian, terima kasih.

  15. 15
    aaaa Says:

    salam
    aq seoarang lelki yg xdapat tgk aurat ppaum
    bilo aq tgk zakar aq keluar air
    adakah air mani?

  16. 16
    Nora Says:

    Salam Ziarah. Thx krn byk info yg saya dpt dari sini. 1 blog yg juga jumpa cara x sengaja yg mengajar anak dari bayi hingga bayi boleh membaca quran umur 2tahun dan menghafal 25 surah umur 3 tahun. Mungkin boleh menjadi asas sebelum pendidikan formal mereka bagi membentuk anak yang berjaya dunia akhirat. http://www.darwishndarwisya.blogspot.com

  17. 17
    are pit Says:

    cm ner lau sya nk wat kerja khusus bila diberi bab tentang tajuk ini….
    bley bg pendapat x???

  18. 18
    yg mencari benar Says:

    minta ustaz hubungi sy di face book page BUAT SANG REMAJA,ada perkara ingin sy perbincangkan,ingin sy tanya,dn sy memerlukan penjelasan…segalanya berkaitan islam dn mengenai sejarah serta serta kitab kita iaitu al quran..ustaz harap ustaz dpt membantu

  19. 19
    ailaa Says:

    salam ustaz,

    mohon ustaz huraikan tanda2 kematian semakin dekat mendekati kita… dan di manakah roh kita berada sekiranya kita disahkan koma selama 30 hari?..kemudian meninggal….ketika koma 30 hari…adakah selama itulah malaikat maut cuba mencabut nyawa seseorang? terima kasih…

  20. 20
    Riz Says:

    Salam,

    artikel yg sgt menarik. Byk artikel yg memberi manfaat dan kesedaran.

    Terima kasih dan teruskan usha.

  21. 21
    asri yusof Says:

    leh tanyakan sesusatu…
    apa beza kita beramal ikhlas kerana pahala atau syurga..
    atau kita beramal ikhlas kerana allah semata2..

    ikhlas mana yg seharusnya kita pilih..
    kerana pahala atau Allah..

    soalan ni sering menghantui saya..
    saya takut..
    takut nak teruskan kehidupan sebab banyak persoalan yg bermain difikiran saya tentang islam dan kehidupan..
    sebab saya seorang yg banyak dosa..

    ni no saya 010 420 8650..
    tolong bagi saya jawapan

Leave a Reply

Blog Ustaz Rosdi is is proudly powered by Wordpress and the Magellan Theme