Whois?
Kelahiran seorang bayi gebu lebih 30 tahun lalu di villa terpencil rupa-rupanya bukanlah biasa-biasaan. Beliau yang pada awal usianya begitu nakal dan lincah memanjat pokok selain berenang menyusuri lubuk dan sungai, kini menjadi anak kebanggaan bagi penduduk Kampung Tengah, Tualang, Pokok Sena, Kedah. Beliau sangat kaya dengan idea usik-mengusik dan lawak jenaka yang tajam maksudnya. Ia menjadi sifat peribadi yang sangat disenangi, menjadikannya mudah didampingi oleh sesiapa sahaja. Kini, setelah sekian lama membesar dalam asuhan kedesaan dan dipacu oleh pengajian dalam bidang Islam bertahun-tahun lamanya, beliau semakin berjaya dalam kehidupan.
Pendidikan yang diterima beliau antaranya ialah dari Maktab Mahmud, Alor Star dan disambung ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang. Seterusnya, beliau berlayar ke Timur Tengah iaitu ke Mesir dan Jordan untuk meneruskan pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 1997, beliau bergraduat dari Universiti Mu’tah, Jordan. Pulang dari Timur Tengah, beliau terus menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan turut mengikuti kuliah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk mendapatkan Diploma Amalan Guaman Syarie dengan tujuan untuk menjadi peguam syarie.
Bermula dengan jawatan pensyarah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) yang kemudiannya ditukar nama kepada Kolej Dar al-Hikmah, beliau kemudiannya telah diberikan kepercayaan untuk menjadi Ketua bagi Jabatan Pengajian Syariah. Tiga tahun berkhidmat, kemudian, beliau mendapat tawaran untuk bertugas di utara Semenanjung iaitu di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI).
Ustaz Rosdi, satu nama yang sangat digemari di kalangan rakan-rakan sekerja dan para pelajar. Menjawat jawatan pensyarah di UniKL MSI seawal penubuhan MSI sendiri, ustaz Rosdi tidak pernah berpaling ke belakang. Beliau sentiasa menumpukan perhatian kepada pengajaran di samping terlibat secara ‘hyper-active’ dalam berbagai tugas pentadbiran. Berkat usaha dan kesungguhan yang diberikan, akhirnya ustaz Rosdi telah diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan General Studies Section selama dua tahun. Tahap kepimpinan yang tinggi yang ditunjukkan telah menyebabkan tugas kontrak Head of General Studies Section dilanjutkan lagi.
Bagi ustaz Rosdi, setiap hari ialah permulaan kehidupan. Oleh itu, setiap permulaan mestilah dilakukan dengan sebaiknya. Kerana, tanpa permulaan yang baik, kehidupan hari esok pasti penuh dengan kepincangan!
Pengenalan ini ditulis oleh seseorang yang sangat mengenali Ustaz Rosdi
[...] Ustaz Rosdi Yusof (Maktab Mahmud > SMAP Kajang > Mu’tah University -Jordan > UKM > IPI > KDH > UNIKL MSI) [...]
January 11th, 2008 at 5:20 am[...] Ustaz Rosdi Yusof (Maktab Mahmud > SMAP Kajang > Mu’tah University -Jordan > UKM > IPI > KDH > UNIKL MSI) [...]
May 9th, 2008 at 9:48 pm