Lembah Pengajian Islam
Anda belum mendaftar masuk . (Daftar masuk )
 

 

Pengguna Online

Skip block 4
(60 minit yang lepas)
Tiada

Masalah?

Skip block 5
  • Masalah login?
  • Bermasalah menggunakan portal e-learning ini?
  • Bukan pelajar Ustaz Rosdi mahupun Ustazah Hasanah tetapi berminat untuk join the club?

Sila emel admin di: hasanahakhafidz[at]yahoo.com

Jangan lupa perkenalkan diri anda dan nyatakan maklumat lengkap berkaitan persoalan yang timbul.

 

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum,

Selamat datang ke Lembah Pengajian Islam, sebuah laman e-learning yang dibangunkan oleh dua insan kerdil, Ustaz Rosdi Yusof (Pensyarah UniKL MSI) dan Ustazah Hasanah Abd. Khafidz (Pensyarah USM). Pada asasnya, laman ini dikhususkan untuk pelajar Ustaz Rosdi dan Ustazah Hasanah, namun, ia tetap terbuka kepada semua pengunjung di seluruh dunia . Semoga pengunjung sekalian dapat mengambil manfaat daripada laman ini. Kami juga mengalu-alukan penglibatan aktif para pengunjung terutamanya dalam ruangan forum.

Terima kasih.

Site news

Perginya satu permata berharga
dari Admin - Senin, 21 April 2008, 00:16
 

Di saat umat Islam sedang sibuk wukuf di Padang Arafah dalam kemuncak ibadah haji yang baru berlalu, Ustaz Rosdi Yusof pula kembali ke pangkuan Rabb al-Jalal dengan tenang.

Berita yang sangat mengejutkan ini akan membawa impak besar ke atas portal e-learning ini dan juga blog peribadi yang dikasihi Ustaz Rosdi.

Baca keseluruhan topik (98 perkataan)...

USM berehat, UniKL MSI pula lampu kuning
dari Admin - Kamis, 17 Mei 2007, 10:44
 

Assalamualaikum,

Tahniah kepada pelajar HIS 224 yang berjaya dan cuba lagi bagi yang tak puas hati dengan pencapaian lalu. Mulai hari ini, anda sudah tidak boleh lagi log subjek Munakahat kerana saya sedang siapkan portal untuk pelajar akan datang. Tetapi, ini tidak bermakna anda terhalang langsung daripada menggunakan portal ini kerana masih ada subjek yang membenarkan ada masuk seperti Fiqh al-Zakat.

Bagi pelajar UniKL MSI pula, diucapkan selamat melipatgandakan usaha anda untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma.

Dr. Hasanah

 

Oh HIS 224! Lagi dua minggu je final exam!!!
dari Admin - Kamis, 29 Maret 2007, 13:42
 

Senak perut bila teringat musim final exam dah nak bermula?

Memandangkan peperiksaan terlalu hampir dan masih ramai siswa-siswi yang menghadapi masalah untuk login, maka saya berikan kelonggaran untuk memasuki portal Institusi Kekeluargaan Islam. Untuk sementara sahaja, saya membenarkan pengguna tamu (guest user) masuk ke dalam portal ini.

Baca keseluruhan topik (147 perkataan)...

Ma'al Hijrah ya Ahibba'ana مع الهجرة يا أحبائنا
dari Admin - Rabu, 31 Januari 2007, 08:41
 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera buat semua siswa-siswi yang kami kasihi. Apa khabar? Bagaimana dengan hijrah anda kali ini?

Bagi kami di Dataran Pengajian Islam, kami berazam meningkatkan penghayatan dan penyampaian ilmu melalui wadah baru. Buat permulaan, ia mungkin agak sukar bagi kami, malah bagi siswa-siswi juga agaknyawink.

Baca keseluruhan topik (132 perkataan)...

Selamat Hari Raya
dari Admin - Rabu, 8 November 2006, 12:35
 

Salam penuh ta'zim buat semua umat Islam big grin . Semoga AidilFitri yang baru berlalu akan diserikan pula dengan puasa enam shy....