Penulisan Ilmiah
(Penulisan)
Pensyarah: Ustazah Hasanah |
Penulisan ilmiah tidak sama dengan penulisan biasa. Penulisan seperti artikel dalam majalah, novel, bahan bacaan biasa mahupun penulisan berbentuk pendapat dalam akhbar-akhbar harian mempunyai gaya penulisan yang lebih bersifat menggalakkan pembacaan medium tersebut. Ia seterusnya bakal membawa keuntungan kepada para penerbit. Walau bagaimanapun, penulisan ilmiah tidak bersifat mencari keuntungan. Tesis sebagai contoh, dianggap oleh seorang penulis prolifik sebagai "ditulis untuk tidak dibaca" dan "membosankan" Ketegasan dalam menilai hasil penulisan ilmiah menyebabkan beberapa disiplin dalam merangka dan membentuk penulisan ilmiah perlu diambil kira. Hal ini penting kerana langkah permulaan yang tepat dan disiplin penulisan yang konsisten bakal menentukan hasil yang dikemukakan. Untuk permulaan, portal ini akan menumpukan kepada beberapa aspek teknikal dalam penulisan ilmiah sebagai pengetahuan asas sebelum memulakan sesuatu penulisan ilmiah. |
. Walau apapun tanggapan yang diberikan ke atas penulisan ilmiah, namun, hakikat yang tidak dinafikan ialah penulisan ilmiah menekankan aspek ketulenan fakta, ketelitian dalam analisis dan mengutamakan aspek hakiki.
